pais tempoyak tilapia

Bagi penggemar hidangan pais, boleh cuba resipi pais tempoyak tilapia perkongsian Fauziah Abd Ghaffar ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
1 ekor ikan tilapia merah
15 tangkai cili padi – tumbuk
1 cm kunyit hidup – tumbuk
2 helai daun kunyit
3 sudu besar tempoyak
Sedikit garam dan gula
Daun pisang untuk membalut ikan

CARA
1.Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Masukkan tempoyak, garam, gula dan gaul rata.
2.Sediakan daun pisang. Lumurkan ikan dengan bahan yang ditumbuk tadi.
3.Letakkan ikan di atas daun pisang dan balut dengan aluminium foil.
4.Letakkan ke dalam kuali (atau dapur arang jika ada) dan bakar hingga ikan masak.

Resipi & Foto: Fauziah Abd Ghaffar

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.