Tahun kedua jadi duta, kurta Najib laris dan ada warna habis stok

Dari Penulis

MENJELANG Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sudah menjadi kelaziman bagi pengusaha terutama syarikat pakaian menggunakan artis serta selebriti sebagai duta bagi melariskan produk mereka.

Namun jarang pula didengar orang politik menjadi duta produk apatah lagi sebagai model pakaian yang dijual.

Bagi pengeluar Kurta MAB Bossku, syarikat itu pada tahun ini sekali lagi menaruh kepercayaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku duta.

Menurut kenyataan syarikat itu di laman web mereka, meski pun ramai yang mengkritik, sambutan luar biasa dapat dilihat apabila pertama kali Kurta MAB Bossku dilancarkan pada Ramadan tahun lalu.

“Semua stok habis dijual para peminat jenama ini tahun lalu.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Datuk Seri Najib dan para penyokong jenama ini,” kata syarikat itu.

Untuk tahun ini, jenama itu melancarkan lapan pilihan warna.

Najib turut mempromosi kurta berkenaan dalam Facebook miliknya 16 April lalu dengan hantaran “Kaler apa cantik”.

Penampilan Najib sebagai model kurta dalam hantaran tersebut pantas menarik perhatian pengikutnya dengan lebih 80,000 tanda suka diterima untuk hantaran berkenaan.

kurta najib razak
Warna turqoise paling laris apabila sudah kehabisan stok selepas beberapa hari dilancarkan.

Hanya selepas beberapa hari, semakan di laman web pengeluar kurta itu mendapati kurta berwarna turqoise telah ‘out of stock’.

Dijual pada harga RM119 sehelai menerusi platform online, pengeluar memberi jaminan kualiti yang eksklusif dan premium.

Baca artikel berkaitan: Nak tarik pelabur: Najib jawab Shahidan, beri tips kerajaan PN

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This