Penggemar teh hijau pasti suka resipi biskut oleh peserta Masterchef Malaysia musim pertama, Imelda Harris ini. Jom lihat cara menyediakan resipi lbiskut marble teh hijau ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
450 gm tepung gandum
50 gm serbuk susu penuh krim
50 gm serbuk teh hijau
250 gm mentega
200 gm gula halus
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur
1 biji telur

CARA
1.Pukul mentega, gula halus dan garam sehingga kembang dengan kelajuan tinggi.
2.Masukkan kuning telur dan juga telur sambil terus dipukul.
3.Diikuti dengan tepung gandum, serbuk susu penuh krim dan serbuk teh hijau. Uli rata sehingga sebati.
4.Ambil doh dan terap menggunakan acuan mengikut kreativiti anda. Susun atas dulang.
5.Bakar dalam ketuhar, selama 30 minit pada suhu 150°C.

Resipi: Imelda Maya Harris

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.