Kali ini SAJI kongsikan resipi timus ubi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!

BAHAN
200 gm ubi kayu – bersihkan
2 sudu besar tepung sagu
3 sudu besar gula
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng

CARA
1.Ubi direbus hingga empuk. Kemudiannya dilecek hingga lumat.
2.Satukan ubi lecek dengan tepung sagu, gula dan garam. Gaul sebati. Bentukkan lonjong.
3.Panaskan minyak, goreng ubi hingga kekuning-kuningan. Angkat dan tuskan.

Resipi : Suwarsi M.Arukin

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.