agar-agar santan sirap ros

Sedapnya agar-agar santan sirap ros ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 biji telur – masukkan dalam santan dan pukul ringan menggunakan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros

CARA

  1. Masak gula bersama air dan serbuk agar-agar hingga larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.
  3. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak selama dua minit atas api sederhana. Apabila telah kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil, bolehlah dimatikan.
  5. Tuang larutan agar-agar tadi di dalam loyang dan biarkan mengeras.

Resipi dan Foto: fizalgk.blogspot.com