Mahu makan hidangan berkhasiat dan sedap? Apa kata cuba resipi pecal rimba oleh Datuk Cef Ismail ini. Sesuai dimakan begitu sahaja atau hidangan pembuka selera sebelum makan hidangan yang berat.
BAHAN
300gm sengkuang – hiris memanjang
300gm timun – hiris memanjang
250gm kacang panjang – celur dan potong 2cm
200gm tauge – celur
4 biji telur – rebus dan belah empat
250gm kubis – celur dan hiris
4 keping tauhu – hiris
250gm kangkung – celur dan potong memanjang
BAHAN KUAH
80gm asam jawa – diramas bersama 500ml air tapis
7 tangkai cili merah
20gm cili padi
20gm bawang putih
10gm daun cekur
7 helai daun limau purut
500gm kacang tanah – telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
200gm gula Melaka
Garam secukup rasa
CARA
1.Goreng tanpa minyak cili merah, cili padi, daun cekur, bawang putih dan daun limau purut sehingga wangi. Angkat dan kisar halus.
2.Gaul bahan kisar dengan air asam jawa, kacang tanah, gula Melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3.Jika pekat, tambah sedikit air panas. Hidang bersama sayuran dan telur yang telah di celur.
*selain sayuran di atas, boleh juga dihidang bersama pucuk ubi, pucuk paku, ulaman atau sayuran lain mengikut cita rasa sendiri.
