Selamat berbahagia teman. Ini tip ‘bridal shower’ untuk panduan

0
31

Mematri momen-momen terakhir bersama bakal pengantin perempuan sebelum sah bergelar isteri orang, apa kata raikan si dia dalam parti kejutan atau istilahnya ‘bridal shower’.

Acara ini biasanya diatur oleh teman-teman rapat, istimewa untuk si pengantin. Berkumpul dan bergembira sebentar bersama ‘soul sisters’ mungkin terapi yang sangat diperlukan si darah manis pada saat-saat genting. Sesi gosip, chit chat dan bercandaria dalam suasana santai umpama tonik yang boleh meregangkan kembali otot-otot fizikal mahupun minda yang semakin kalut dengan urusan perkahwinan yang semakin dekat.

Jadi apa yang perlu untuk lakukan ‘bridal shower’? Jom check it out.

1. Pilih satu tarikh yang sesuai iaitu lebih kurang dua bulan hingga dua minggu sebelum hari perkahwinan.

2. Senaraikan jumlah nama tetamu yang ingin diundang. Biasanya undangan terdiri daripada teman-teman yang benar-benar rapat.

3. Rancang teman majlis yang diinginkan. Bagi para hijabi, pastikan ia sesuai dengan penampilanmu! Nota : atau mungkin majlis hi-tea tanpa tema tertentu?

4. Tetapkan lokasi yang sesuai dengan tema dan bajet kamu. Lokasi di rumah, teman atau tempat istimewa yang perlu kamu tempah lebih awal?

5. Hiaskan ruangan atau lokasi yang kamu pilih. Jika ada bajet atau tidak mempunyai masa untuk hias sendiri, upah surprise planner untuk memudahkan kerja.

6. Rancang menu. Selalunya ia adalah hidangan ringkas, koktel atau sajian minum petang. Supaya lebih mudah, tempah khas atau tunjuk sahaja di buku menu restoran.

7. Apa aktiviti atau permainan menarik dan fun yang boleh dilakukan sepanjang berkumpul selain bergosip dan makan?

8. Kumpul duit dan hadiahkan sesuatu yang istimewa dan akan diingati oleh bakal pengantin.