Sedapnya lala masak sos tiram ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang mudah dan sedap ini.  Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN:
½ kg lala
1 kg bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
5 tangkai cili padi – ikut kepedasan masing-masing
1 batang serai – dititik
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
½ cawan air
Garam secukup rasa

CARA:
1.Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai sehingga kekuningan.
2.Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka.
3.Masukkan sos tiram, kicap dan garam.
4.Biarkan seketika dan kacau, masukkan cili hijau dan merah sebagai penyeri.
5.Apabila lala sudah masak angkat dan siap untuk dihidangkan.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)