Gambar hiasan media sosial

AWAL pagi ini tular 79 buah sekolah di Selangor ditutup berkait COVID-19.

Penutupan selama dua hari itu bagi membolehkan kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan sepenuhnya.

Walaupun tiada kenyataan media rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, namun hal itu telah tular selepas edaran pekeliling tersebar dalam media sosial.

Menurut senarai yang diedar, ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.

Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Menurut JPN Selangor, sekolah berkenaan ditutup selepas pengesanan jangkitan COVID-19 di sekolah terbabit pada 25 April.

Sementara itu, di Pulau Pinang, 20 buah sekolah ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat.

hampir 100 sekolah
GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad yang dihubungi BERNAMA memaklumkan, penutupan itu melibatkan sekolah menengah dan rendah namun enggan memperincikannya.

Baca artikel berkaitan: 83 kluster Covid-19 libatkan sektor pendidikan sejak Januari

“Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat (membuka atau meneruskan penutupan sekolah).

“Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram