Pengarah Eksekutif Ezmeals Solution Sdn Bhd, Hasniza Hassan (tiga dari kanan) bersama Dato' Jamal Abdillah (tengah), Ramlah Ram (dua dari kanan) dan Ara Johari (belakang) beramah mesra serta mengedarkan pek makanan Ezmeals kepada orang ramai secara percuma pada Program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV di Perkarangan Kompleks Campbell, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

DALAM rezeki kita. ada rezeki orang lain. Mengambil kesempatan itu, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah sanggup mencuri masa di hujung minggu hari Sabtu untuk turun padang bersama-sama menyantuni orang ramai dan pejalan kaki di perkarangan Kompleks Campbell dan di sekitar Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Malah, Jamal,61, sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata mahu mengagihkan juadah berbuka puasa kepada mereka yang sedang menanti azan Maghrib berkemundang menandakan masuknya waktu berbuka.

Begitulah sifat prihatin dan nilai kemanusiaan yang ditonjolkan oleh pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd. Ali sewaktu menghulurkan bungkusan plastik yang terisi paket makanan kepada masyarakat.

Pengarah Eksekutif Ezmeals Solution Sdn Bhd, Hasniza Hassan (kanan) bersama Jamal bersama-sama berkongsi rezeki kepada pelanggan di sebuah restoran berdekatan Kompleks Campbell. GAMBAR: Abd Razak Aid

Program amal itu sebenarnya merupakan initiatif pihak Ezmeals yang bersama-sama berganding bahu menjayakan acara tanggungjawab sosial corporat (CSR) Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV bagi mengedarkan 200 pek menu berbuka puasa.

Ramlah Ram menghulurkan pek makanan Ezmeals kepada pemandu kereta di sekitar Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selain Jamal, artis lain yang turut serta dalam acara ini ialah Ara Johari, Ramlah Ram dan kumpulan yang semakin meningkat naik, MADAM.

Malah, mereka ,enggangap program sebegini seharusnya diteruskan pada masa akan datang dan tidak hanya memfokuskan kepada bulan Ramadan semata-mata.

Jamal beramah mesra serta mengedarkan pek makanan Ezmeals kepada orang ramai secara percuma pada Program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV di restoran berhadapan Kompleks Campbell. GAMBAR: Abd Razak Aid
Ara Johari menghulurkan pek Ezmeals kepada pejalan kaki secara percuma pada Program Amal Qaseh Ezmeals bersama Utusan TV. GAMBAR: Abd Razak Aid.