ayam masak ros kurma

Ayam masak ros adalah juadah masakan Melayu yang sangat popular. Kebiasaannya disajikan dengan nasi minyak atau nasi tomato. Jom cuba resipi ayam masak ros kurma yang SAJI kongsikan ini. Mudah dan semestinya sedap.

BAHAN
1 kg ayam
10 gm kulit kayu manis
2 gm bunga lawang
2 gm buah pelaga
150 gm cili kisar
50 gm sos tomato
50 gm sos cili
50 gm cili merah
20 gm daun ketumbar
150 gm stok ayam
100 gm buah kurma
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak

BAHAN TUMIS
5 batang serai – ketuk
250 gm bawang merah – hiris
120 gm bawang putih – hiris
100 gm halia – hiris

CARA
1.Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak.
2.Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan tumis selama tiga saat. Kemudian masukkan bahan tumis dan tumis sehingga garing.
3.Kemudian masukkan cili kisar, sos tomato, sos cili dan masak selama 10 minit.
4.Masukkan ayam yang telah digoreng dan stok ayam. Gaul sebati.
5.Akhir sekali, masukkan buah kurma dan daun ketumbar.