SEBANYAK 13 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 12 daripadanya merupakan warganegara.

Kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Selangor, Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 1,462.

Katanya, selain itu, kini terdapat 294 pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 138 memerulkan bantuan pernafasan.

Ujar beliau, keseluruhannya terdapat 25,414 kes aktif yang dirawat di seluruh negara.

“Hari ini pula menyaksikan sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan lima daripadanya kes import.

“Selangor mencatatkan kes tertinggi 750 kes diikuti Kelantan 484 kes dan Sarawak, 432 kes,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

Sebanyak 72 kluster melaporkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai (64 kes), dan Kluster Pangkal Chuit (60 kes).

Baca artikel berkaitan: 2,776 kes baharu, 12 lagi kluster termasuk dua pendidikan

Sementara itu, kata Noor Hisham, KKM juga memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Katanya, ia melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Negeri yang melaporkan pertambahan kluster baharu ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram