ayda jebat

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat mengesahkan dirinya kini hamil empat bulan.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Ayda,29, yang juga isteri kepada pelakon dan pengacara, Nabil Mahir.

“Alhamdulillah dengan rezeki ini. Doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal dilahirkan sempurna sifat.

“Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari mulut saya sendiri,” katanya seperti memetik laporan di Gempak.

Ayda dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober hadapan.

Dia berkata, hari ini waktu yang paling sesuai untuk berkongsi berita gembira ini selepas usia kandungan sihat dan stabil.

“Nabil juga pastinya paling gembira dengan berita ini dan sentiasa memberi sokongan serta menjaga saya,” ujarnya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada pada 1 Januari lalu.