chaleeda gilbert

GADIS kacukan Inggeris-Thailand yang mahu dikenali sebagai Chaleeda Gilbert, kini hadir dengan single terbaharu berjudul Cigarettes.

Hampir setahun menyepi tanpa lagu baharu, Chaleeda yang merupakan finalis Big Stage 2019 kembali merancakkan dunia hiburan dengan karya berentak Pop dan R&B.

Cigarettes adalah sebuah karya yang diinspirasikan daripada kisah cintanya sendiri, namun peliknya ia diibaratkan sebagai ketagihan terhadap sebatang rokok walaupun dirinya bukanlah seorang perokok.

Selain itu, Chaleeda turut menampilkan pelakon dan blogger kecantikan terkenal Thailand, Ticha Wongtipkanon atau nama komersilnya ‘Thelittleteapot’ di dalam video muzik (MV) Cigarettes dan MV tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Chaleeda, serta boleh didengari di platform muzik atas talian seperti YouTube Music, Spotify, Apple Music, JOOX dan Tidal.

chaleeda

Sedikit info mengenai gadis berusia 20 tahun ini, dia memulakan kerjaya nyanyian pada usia muda dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan bakatnya dicungkil oleh syarikat rakaman pada usia 11 tahun dimana beliau merupakan ahli kumpulan remaja popular Thailand iaitu ‘Tweenie 90s’.

Sering menyanyikan lagu saduran (cover song) dan memuat naik video nyanyiannya di saluran Youtube dan ia sekaligus telah melonjakkan namanya sehingga menjadi viral.

Pada 2017, label rakaman terkemuka Malaysia, Rocketfuel Entertainment, telah mengambil Chaleeda sebagai artis antarabangsa pertama syarikat tersebut.

Bermula dari situlah, single pertamanya, Ready For Love bersama rapper terkenal Thailand, Tong Twopee atau Tong Pitawat berjaya memperoleh empat juta tontonan di YouTube, kemudian single seperti Mind Over Matter, Pretty Boy, Ploi dan Chun Mai Tong Karn Tur feat. Fiixd pula dihasilkan.

Selain aktif dalam dunia nyanyian, Chaleeda turut mencuri tumpuan orang ramai apabila mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Watak Arisa menerusi drama bersiri Kweng-The Stranded yang ditayangkan di Netflix Thailand pada 2019 telah berjaya menaikkan namanya sebagai bakat baharu yang mempunyai karisma tersendiri.

Bermula dari situ, perlahan-lahan karier lakonannya mula bercambah dan sering diberikan pelbagai peranan dalam membintangi banyak drama bersiri serta iklan di stesen televisyen Thailand.