APA nak kata, 3,788 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – penularan tertinggi sejak hampir tiga bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan empa angka kes baharu dengan 1,265 penularan.

Katanya, ini diikuti Sarawak dengan 760 kes manakala ketiga tertinggi hari ini ialah Kelantan sebanyak 460 kes.

Kes bagi tiga negeri tersebut merangkumi hampir dua pertiga penularan COVID-19 hari ini.

Selain tiga negeri terbabit, turut mencatatkan penularan baharu tiga angka ialah Kuala Lumpur (255 kes), Pulau Pinang (250 kes), Johor (160) kes, Negeri Sembilan (136 kes), Kedah (136 kes) dan Perak 118 kes.

Berdasarkan info awal yang dikongsikan Noor Hisham di media sosial beliau, semua wilayah dan negeri melaporkan pertambahan kes baharu dengan terendah Labuan dan Putrajaya masing-masing dua kes manakala Perlis, lima kes.

Kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah tertinggi sejak 6 Februari lalu yang mencatatkan 3,847 kes.

“Hari ini juga menyaksikan terdapat 14 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor dan satu kes di Negeri Sembilan.

“Sebanyak 13 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak 2,640 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Katanya, dengan perkembangan tersebut, kes aktif yang sedang dirawat kini berjumlah 29,227 kes.

“Seramai 328 pesakit COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 161 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 pula berjumlah 1,506 kes selepas pertambahan 14 lagi kes hari ini,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 cecah 1.41 juta

Tambah Noor Hisham, KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Katanya, ia melibatkan masing-masing lima kluster komuniti dan kluster tempat kerja dan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM.

Selain itu, smasing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

Negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kluster hari ini ialah Sarawak, Sabah, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor.

Menurut Noor Hisham, hari ini juga menyaksikan 84 kluster melaporkan pertambahan kes.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Dataran (88 kes), Kluster Perusahaan Baru Dua (81 kes) dan Kluster Pintu Air Relau (65 kes),” ujarnya.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram