Bagi yang mempunyai masa,  menghasilkan sendiri biskut raya pasti menjadi pilihan. Rasanya pasti lebih sedap dan menyelerakan apabila dihasilkan sendiri. Bagi anda yang tercari-cari idea biskut raya, apa kata cuba resipi biskut sinar suji yang dikongsi oleh Artika Hamid ini.

BAHAN A:
80 gm minyak sapi
Sebiji kuning telur
80 gm gula kastor

BAHAN B:
1 sudu besar mentega kacang
1 sudu kecil garam

BAHAN C (CAMPUR SEMUA SEKALI)
150 gm tepung gandum
50 gm tepung suji
70 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN D
50 gm minyak jagung

BAHAN HIASAN:
1 biji kuning telur
Sedikit susu cair
Pewarna kuning telur
Kepingan badam keping

CARA:
1.Pukul bahan A selama 4 minit. Kemudian masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga sekata.
2.Masukkan bahan C dan gaul sebati, akhir sekali masukkan minyak jagung.
3.Adunan dicanai dan terap. Sapu kuning telur dan hiaskan badam.
4.Bakar 175⁰C selama 20 minit.

Resipi: Artika Hamid