Jika ditanya biskut raya apakah yang paling digemari, pasti ramai yang memilih biskut tart nanas. Kali ini SAJI kongsi resipi biskut raya kegemaran ramai ini serta cara menghasilkan sendiri jem nanas yang sedap.

BAHAN A :
250 gm mentega
120 gm gula aising
2 biji kuning telur
½ sudu kecil esen vanila
¼ sudu kecil garam

BAHAN B:
260 gm tepung gandum
200 gm tepung kastard
60 gm tepung jagung

Bahana Hiasan: Kuning telur
Inti: Jem nanas secukupnya

CARA:
1.Putar bahan-bahan A sehingga sebati dan berkrim.
2.Ayak bahan-bahan B dan satukan ke dalam bancuhan bahan-bahan A. Adun sebati hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit.
3.Canai doh dan terap dengan acuan tat. Susun di dalam loyang, sapu permukaan dengan kuning telur dan letakkan jem nanas di tengahnya.
4.Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150⁰c selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
5.Sejukkan tat pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

JEM NANAS
Bahan–bahan:
500 gm nanas – diparut
250 gm gula pasir
10 kuntum bunga cengkih

CARA:
1.Satukan semua bahan ke dalam kuali. Masak sehingga pekat menggunakan api sederhana.
2.Sejukkan sebelum diguna sebagai inti

Resipi: Cef Asma Nordin