Semperit jagung, hanya guna susu, tepung dan planta. Hasilnya memang sedap

0
61

Kuih raya semperit jagung ini memang cukup mudah dibuat, hanya tiga bahan diperlukan, namun hasilnya setanding biskut raya yang lain.

Terima kasih Lie Ya atas perkongsian resipi.

Bahan :

250 gm Buttercup / Plantan

1/2 cawan Susu Saji jagung

400 gm Tepung jagung

Ceri untuk hiasan

Cara :

1. Satukan semua bahan dan terapkan di atas loyang.

2. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit menggunakan api atas bawah.

Sumber : Lie Ya