SELEPAS mengeluarkan album kerohanian berjudul Anakku Sayang pada 2015, penyanyi Siti Nordiana kini sekali lagi melancarkan album kedua, Zikir Ketuhanan.

Istimewanya album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dlm melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.

Selain ia menerapkan elemen mengingati Allah & Rasul, lagu2 zikir di dalam album ini juga berbeza dengan album zikir yang lain, di mana alunan zikir bukan sahaja di dalam Bahasa Arab malah disertai dengan terjemahan makna dalam Bahasa Melayu.

Ia bagi memudahkan pendengar dapat lebih memahami dan menghayati maksud zikir tersebut disamping memudahkan untuk dihafal serta diamalkan.

Mesra disapa sebagai Nana, dia turut mengambil kesempatan itu dengan melancarkan single Hasbi Rabbi yang turut diselitkan dalam album berkenaan.

Malah Nana tidak keseorangan merakamkan single terbabit apabila dia turut berkolaborasi dengan Ustaz Sharizan bagi melengkapkan lagu terbabit.

Hasbi Rabbi menjanjikan kelainan apabila melodinya juga digubah dari melodi yang biasa didengari kepada sesuatu yang lebih baharu dan segar untuk halwa telinga dan semestinya untuk pengisian rohani para pendengar.

Ia sudah mula dilancarkan di semua laman strim (Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain ) mulai hari ini .

Manakala bagi album Zikir Ketuhanan, ia sudah mula dijual di platform e-dagang, Shopee bagi memudahkan pembeli membuat belian.