Ultimate Chocolate Chip Cookie, ikut tip ini agar biskut lebih enak dan tak berbau hapak

0
116

Resipi Ultimate Chocolate Chip Cookie ini lengkap dengan tip bagaimana menjadikannya lebih enak dan tahan lama.

Selain esen vanila, gantikannya dengan butter oil atau coffee oil untuk menaikkan lagi aroma biskut.

Terima kasih Zakiah Zainudin atas perkongsian resipi.

ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIE

Bahan :

1 cawan Butter (lebih kurang 230gm)

3/4 cawan Gula kastor

3/4 cawan Gula perang

1 biji Telur gred A

1 1/2 sudu kecil Esen vanilla

Bahan kering (diayak):

2 1/4 cawan All purpose flour / Tepung gandum

1 sudu kecil Baking soda

1/2 sudu kecil Garam halus

2 cawan Chocolate chip

Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180 c.

2. Satukan butter, gula kastor, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul sehingga sedikit kembang dan sebati.

3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.

4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka boleh masukkan kacang dan gaul sebati.

5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.

6. Bakar selama 10 hingga 15 minit sehingga perang.

7. Apabila sudah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah dialihkan ke atas redai ataupun dulang.

Tip Zakiah:

**Saya selalu bakar pada 15 – 18 minit untuk jadikannya rangup.

**Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookie lagi sedap. Selalunya saya beli di kedai bakery imported choc chip.

**Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.

**Ada yangg beritahu esen vanilla tu gantikan dgn coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap.

Sumber : Zakiah Zainudin