Ayam goreng serai ini memang sedap. Ditambah dengan serai yang menaikkan lagi aroma. Jom cuba resipi yang pasti tambat selera ini.

BAHAN A
4 keping dada ayam – potong kecil
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
1 biji telur – pukul
3 sudu besar tepung jagung
Minyak masak

BAHAN B
2 batang serai -hiris
1 kuntum bunga kantan – hiris
10 tangkai cili padi – hiris
3 helai daun limau purut – hiris
5 helai daun kari
5 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 sudu besar pes tomyam
1/4 cawan air
1 sudu kecil madu
1 sudu besar mayonis
Garam dan gula

CARA
1.Satukan semua bahan A, (kecuali minyak) perapkan selama setengah jam.
2.Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga garing dan wangi.
4.Masukkan serai, daun limau purut, bunga kantan dan daun kari.Tumis sebentar.
5.Kemudian masukkan pula pes tom yam. Gaul sebati dengan tumisan.
6.Masukkan air, madu dan mayonis serta ayam, kacau rata. Sesuaikan rasa

Resipi : Malina, Pulau Pinang