Resipi bingka beras….mudah dan tak guna banyak bahan

0
523

Cara buat kuih bingka beras ini mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resipi bingka beras yang dikongsi oleh Zaleha Merican ini.

BAHAN A
500 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
380 gm gula
1400 ml air
600 ml santan
2 sudu kecil garam

CARA
1.Sapukan permukaan loyang dengan santan.
2.Satukan tepung beras, tepung jagung, gula, air, santan serta garam. Kacau adunan sebati dan tapis.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar selama 50-60 minit sehingga garing.

Resipi : Zaleha Merican Yahaya – Sri Talamaz Enterprise