Saudara Pengarang,

Hari ni banyak sekali post di media sosial termasuk dalam WhatsApp dan Facebook berkenaan ‘kerajaan lembab’ , kerajaan PN import virus India , dan macam-macam lagi kutukan – yang rata-rata tunjuk skrinshot ada lagi kapal terbang dari India tiba di lapangan terbang KLIA sehingga malam semalam .

Tuan-tuan, sejak musim covid, saya merupakan salah seorang petugas front line yang menguruskan perjalanan setiap penumpang yang tiba dipanggil ‘Person under suspect’ atau PUS dari Airport ke hotel atau pusat kuarantin.

Hari-hari saya berada di Airport. Dan saya boleh sahkan , memang kerajaan benar-benar tutup sempadan sejak di umumkan! Yang tular kata pesawat India masih masuk tu – itu bawa cargo tuan ! Pesawat kargo.

Zaman ekonomi meleset ni, banyak syarikat penerbangan guna pesawat penumpang mereka untuk dijadikan pesawat kargo. MAS tak terkecuali. Apa saja asal boleh survive.
Dan PUS yang tiba ni , semuanya mereka yang telah disahkan negatif 3 hari sebelum terbang.

Mereka perlu ada surat pengesahan swab test negatif sebelum dibenarkan terbang dari negara asal mereka ke negara ini. Bila tiba di KLIA , kena check satu round lagi. Bukan terus lepas masuk.

Selepas test, mana yang gagal terus di pusing balik hantar pulang tuan tuan. Yang lain terus di bawa ke pusat kuarantin. Dan sejak 3 hari lepas kerajaan dah tambah kan lagi tempoh kuarantin dari 7 hari ke 14 hari untuk negara berisiko tinggi. Termasuklah juga UK. Ini semua untuk melindungi rakyat Malaysia dari varian – varian terbaru covid19 dari luar negara ini.

Yang dah detect sorang warga India tu, dia telah pun di asingkan di pusat kuarantin sejak ketibaannya.

Jadi tuan puan, adik kakak, hentikanlah penyebaran berita tak sahih, jangan cepat sangat nak join kawan-kawan tepuk tangan nak kutuk kerajaan. Kita tak tahu betapa mereka bertungkus-lumus bekerja untuk pastikan negara dan rakyat selamat.

Kita sebagai rakyat , bantu lah sama ! Duduk rumah, tak perlu ramaikan bazar Ramadan dan bazar raya untuk bersesak sesak di sana.

Kes yang meningkat dalam negara ni adalah angkara rakyat yang degil ! Dah kata jangan balik kampung ! Eh, nak jugak ! Tipu polis, ikut jalan tikus.. apa saja asal dapat sampai destinasi.

Sedarlah diri, kita kena jaga diri kita! Jaga keluarga sendiri dan jaga masyarakat. Jadilah warga negara yang baik dan berguna kepada orang lain.

Terima kasih.

Salam Ramadan!

Hairul Nizam.
Petugas barisan hadapan KLIA.
donesebarinfotepat #elaksebarfitnah

*Dipetik dari Facebook Hairul Nizam