Resipi ayam bakar sedap dan menggiurkan!

0
1202

Bagi yang gemar makan hidangan berasaskan ayam, resipi ayam bakar ini wajib anda cuba. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN
1 ekor ayam
1 batang serai – titik
2 biji kelapa parut
1 keping asam gelugur
Sedikit halba campuran
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
4 cm halia
300 gm bawang merah
20 tangkai cili kering

CARA:
1.Masukkan kesemua bahan kisar, serai, halba dan santan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana.
2.Masak hingga santan pecah minyak dan pekat kuahnya.
3.Curahkan kuah ke atas ayam sedikit demi sedikit.
4.Kemudian masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak.