Drama Gerak Khas saksi cinta Sheera & suami

0
456

SELEPAS tiga tahun menjanda, pelakon Sheera Iskandar kini bergelar isteri kepada seorang anggota polis, Mohd. Halim Abdul Gani dalam sebuah majlis yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar menerima mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Sheera yang juga anak kepada dramatis veteran Aznah Hamid mula mengenali suaminya ketika terbabit dalam penggambaran drama bersiri Gerak Khas pada 2019.

Sebelum ini Sheera pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun bercerai pada penghujung 2018.