Hari Raya Kita single raya solo pertama Najwa Latif

0
706

Sempena kedatangan bulan syawal yang mulia ini, Najwa Latif tampil dengan lagu raya solo pertama berjudul Hari Raya Kita.

Lagu Hari Raya Kita adalah ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar kumpulan Cactus, Arin Lutfi dan Alif Hassan manakala liriknya pula ditulis bersama Arin Lutfi dan EllGee

Kini bernaung dibawah labelnya sendiri iaitu NL Entertainment,  Najwa melahirkan rasa syukur dapat melahirkan single raya solo pertama dan merupakan produk ke 5 miliknya.

Menurut Najwa lagi, dalam pembikinan single ini beliau mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuziklama dan baru terdiri daripada Ujang Exists, Ayoy dari kumpulan 6ixthsense dan Jay dari kumpulan Pretty Ugly.

Proses rakaman single ini telah yang telah mengambil masa seminggu  untuk di siapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses mixing mastering dibuat oleh Muhd Mastering.

Berbicara mengenai muzik video Hari Raya Kita, Najwa memberitahu bahawa muzik video ini bertemakan suasana perayaan norma baharu di musim pendemik ini yang telah masuk tahun kedua.

“Saya  mahukan sebuah muzik video yang santai, kekeluargaan  dan catchy serta menyampaikan mesej kebaikan sesuai dengan konsep perayaan di musim pedemik ini .

“Saya berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan peringkat usia,” kata Najwa.