Mee kuah cara paling senang. Kisar udang hingga hancur agar kuah lebih enak

0
38

Resipi mee kuah yang dikongsikan Cik Puan Sarah ini sangat mudah namun rasanya enak dengan kombinasi stok air udang dan ubi keledek.

Bahan :

4 ulas Bawang putih
1 labu Bawang besar
5 labu Bawang merah
Cili kering (rebus)
Daging
Udang kecil
5 sudu besar Cili sos
Garam/gula
3 biji Ubi keledek (sedang besar)

Cara :

1. Rebus ubi sampai lembut, kemudian tus dan kisar halus.
2. Kisar bawang dan cili kering.
3. Rebus udang sehingga masak, tuskan. Kemudian kopek kulit dan kepala. Air rebusan udang jangan dibuang.
4. Kisar kulit dan kepala udang dengan air rebusan udang. Kisar sehingga hancur, tuang dan tapiskan. Ambil isi udang dan kisar sehingga hancur.
5. Ubi kisar, bawang dan cili kisar, isi udang dikisar, kulit dan kepala udang kisar.
6. Rebus daging sehingga empuk.
7. Panaskan minyak.
8. Tumis bawang bersama cili kisar. Kepedasan ikut selera masing-masing.
9. Tumis sehingga pecah minyak.
10. Masukkan sos cili dan kacau sebati. Jika nak letakkan sos tomato pun boleh tapi jangan lebih, nanti masam.
11. Dah agak kering, masukkan ubi keledek yang dikisar tadi.
12. Kacau dan biarkan kering sedikit.
13. Masukkan air daging dan air udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati. Masak sampai naik minyak, gunakan api perlahan.
14. Apabila dah naik minyak, bermakna sudah siap.
15. Bahan hiasan.

Sumber : Cik Puan Sarah