Di depan api, di belakang duri.. Perjuangan demi pampasan bekas kakitangan Utusan Melayu

0
1044
utusan melayu
TINGGAL sejarah...Bangunan Utusan Melayu di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur yang masih tersadai tanpa penghuni (KIRI) dan bangunan Utusan Melayu di Singapura pada awal penubuhannya. (KANAN)

Perjuangan, Usaha & Putus Asa.
Demi Pampasan Dari Utusan Melayu.

”””””””””””””””””””””””””””””””””””””’
Oleh SAIFOL BAKHTIAR


Syarikat Melayu yang ditubuhkan oleh keringat dan air mata marhaen Melayu.
Tutupnya kerana rakusnya Melayu, dirompak oleh Melayu.

Periuknya yang ditatang penuh orang Melayu, ditabur pasir juga oleh Melayu.

Melayu yang setia ke hujung hayatnya juga ditipu oleh Melayu yang bersekongkol dengan Melayu.

Kasihan Melayu yang setia hingga hujung nyawa, sudahlah dibuang tanpa ihsan. Dilupakan pula kesetiannya.

Begitulah nasib Utusan Melayu yang telah layu.


Dalam perjuangan aku dan rakan-rakan untuk mendapatkan pampasan dari bekas majikan yang telah menamatkan perkhidmatan kami tanpa ihsan bukanlah suatu ikhtiar yang mudah.

Dalam berusaha, pelbagai helah digunakan oleh peguam pelikuidasi untuk menggagalkan atau melengahkan usaha kami.

KES tuntutan pekerja terhadap majikan yang belum melangsaikan pampasan, LHDN, KWSP dan sebagainya masih belum selesai di mahkamah.

Dari Laporan yang dibuat ke Jabatan Perhubungan Perusahaan, Rundingan Damai antara kami dan pelikuidasi telah gagal.
Kes kami diarahkan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia.

Selepas itu, kami terpaksa menongkah pula ke Mahkamah Tinggi atas sebab Akta 777, Akta Syarikat 2016.

Belum sempat habis pengurusan kes, lawyer sebelah sana pula failkan semakan kehakiman keputusan Menteri ke Mahkamah Tinggi pula.

Bersungguh mereka cuba menafikan hak kami untuk menuntut.

Yer, perjalanan ini sangat berliku.

Adakah aku akan berputus asa?
Tidak akan sekali sahabat.

Selagi nyawa dikandung badan, selagi kudrat dan akal ini ada.
Aku akan jalan terus.

Biar pun ada rakan-rakan perjuangan yang sudah seakan karam, aku akan tetap berjuang.
Biarkan hilang kaki dan tangan, bertongkat dagu aku sanggup.

Selepas dibuang kerja tanpa ihsan. Tak mahu pula aku gagal kerana usaha orang2 yang cuba menggagalkan.

Aku junjung resmi pejuang,
takkan aku tewas selagi belum tiba takdir.
Takkan aku mengalah selagi belum diistihar kalah.

-Bakhtiar Yang Terus Berikhtiar-

Update terkini..

Tabung Bantuan Guaman

Kami berhadapan dengan kos guaman yang telah bertambah ekoran tindakan dari pihak sebelah sana yang memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Dijangka akan ada lagi helah mereka selepas ini melalui saluran perundangan yang akan mengakibatkan penambahan kos guaman kepada kami semua.

Ramai rakan-rakan seperjuangan yang hampir putus asa kerana kurang mampu dengan penambahan kos pada tahap ini. Berputus asa bermakna berhasillah usaha pihak sebelah sana.

Demi meneruskan perjuangan, kami mengharapkan sumbangan ikhlas dari orang awam bagi menampung kos guaman ini.

Rakan-rakan yang bersimpati dan berhajat untuk memberi sumbangan boleh hubungi saya di talian 011-55067566.

Mungkin seringgit yang anda sumbangkan mampu mengubah nasib kami yang telah dizalimi.

Semoga Allah merahmati kalian.

JalanTerus

TetapLawan

PerjuanganDemiKeadilan