[VIDEO] MASJID KOUTOUBIA | Menara tua yang boleh dinaiki kuda

0
55

Merupakan masjid terbesar di bandar Marrakesh di Morocco (Maghribi). Masjid asal telah diubah kedudukannya oleh empayar Almohad setelah menawan kawasan ini kerana dikatakan masjid asal kedudukannya tidak tepat menghadap kiblat. Kesan tapak asal masjid yang dirobohkan masih dapat dilihat hingga ke hari ini.

Lebih menarik, menara masjid ini setinggi 77 meter dibina dengan tangga dan ciri-ciri khas di mana muazin boleh naik ke atas menara ini dengan menunggang kuda untuk melaungkan azan.

Juga, terdapat kisah di sebalik bebola tembaga di puncak menara ini.

Saksikan video di atas untuk kisah lebih lanjut.