Seorang ketua balai polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan itu.

AKIBAT tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru-baru ini, seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam kenyataan berkata, kompaun itu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, kompaun berkenaan dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

Mengenai video tersebut, beliau berkata, pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lepas dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.

“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 215 dikompaun tak rekod butiran diri, asas SOP pun ramai ingkar

Mohd Fadzil berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Jelasnya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya.

“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram