JIKA semalam negara dikejutkan dengan 4,498 penularan COVID-19, hari ini kes baharu terus naik menjadi 4,519 kes.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 1,722 kes diikuti Kuala Lumpur, 557 kes dan Sarawak, 479 kes.

Kelantan pula terus mencatatkan penularan yang tinggi dengan 373 kes manakala Pulau Pinang (363 kes) dan Johor (288 kes).

Turut melaporkan kes baharu sebanyak tiga angka adalah Kedah (183 kes), Perak (108 kes) dan Melaka (100 kes).

Kes baharu paling rendah adalah Perlis dengan satu kes, Labuan dua kes dan Putrajaya, 12 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini juga melaporkan 25 lagi kematian akibat COVID-19.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,657.

Baca artikel berkaitan: COVID-19: 4,498 kes positif baharu, lonjakan hampir 1,000 kes

Ujar Noor Hisham, kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula berjumlah 2,719 dan ini menjadikan kes aktif meningkat kepada 35,564.

“Sebanyak 393 pesakit COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 210 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Tambah Noor Hisham, sudah banyak kes baharu kini adalah sparodik iaitu bukan daripada kluster yang dikenal pasti atau tanpa diketahui dari mana punca jangkitan.

Katanya, justeru apa yang penting adalah memakai pelituk muka dan mematuhi prosedur operasi satandard (SOP) yang ditetapkan.

Tegasnya, ini termasuklah kepada mereka yang telah mengambil vaskin kerana kes ini sudah berada dalam masyarakat.

“Pada masa sama, terdapat 14 kluster rentas negeri yang aktif ketika ini. Ada kluster ini telah dijangkiti Variant South Africa B.1.351.

“Oleh kerana itu, rentas negeri masih tidak dibenarkan. KKM juga percaya varian ini telah merebak di Kelantan,” ujarnya.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan terdapat 16 kluster baru dilaporkan hari ini termasuk lapan kluster tempat kerja.

Turut dilaporkan kkluster keagamaan, komuniti dan sektor pendidikan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram