Syawal bakal menjelang tiba, pasti ramai yang tercari-cari resipi biskut raya. Kali ini Saji kongsi resipi biskut oreo crunchy yang mudah dan sedap. Jom cuba!

BAHAN
320 gm tepung gandum
60 gm badam hancur
30 gm serbuk oreo
1 ¼ sudu kecil serbuk penaik
210 gm mentega
110 gm gula perang
1 biji telur
1 ½ esen vanila

CARA
1.Putar mentega dan gula perang sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanila. Putar hingga sebati.
3.Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk oreo, serbuk penaik dan badam hancur. Putar hingga sebati tetapi jangan putar terlalu lama.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 10 minit. Canai dan terap doh kemudian susun di atas dulang pembakar. Sapukan putih telur dan oreo hancur di atasnya.
5.Bakar selama 15 minit hingga 20 minit pada suhu 160°C. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resipi : Cef Sherry – Petitchef Cakes & Bakery, Seremban