[VIDEO] MASJID DJENNE | Masjid daripada tanah lumpur

0
52

Struktur masjid unik ini kini berusia lebih 100 tahun, tetapi sebenarnya masjid ini sudah wujud sejak abad ke-13. Namun, masjid ini rosak teruk pada awal abad ke-19 sehingga ia tidak dapat lagi digunakan. Pada penghujung abad ke-19, masjid ini dibina semula mengikut ciri-ciri asalnya.

Seorang wartawan Perancis yang pernah melawat masjid ini mengatakan rekaannya seperti seekor landak. Namun, reka bentuk masjid ini sememangnya berasal dari Afrika Barat dan terdapat beberapa masjid lama lain di sekitar benua Afrika yang turut mempunyai gaya rekaan begini.

Tonton video di atas untuk mengetahui lebih banyak tentang masjid yang terletak di Mali ini.