YOUTUBER Indonesia, Atta Halilintar mengesahkan isterinya, Aurel Hermansyah kini sedang berbadan dua.
Atta melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk memiliki cahaya mata pertama tertunai.
‘Alhamdulillah Ya Allah. Isteriku positif hamil! Impian saya menjadi kenyataan! Gol gol gol!. Insya-Allah anak pertamaku,” kongsi Atta menerusi entri di Instagram.
Sementara itu, Aurel yang juga merupakan anak hasil perkahwinan penyanyi Kris Dayanti dan Anang Hermansyah itu turut meluahkan rasa syukur atas anugerah terindah yang dikurniakan selepas sebulan bernikah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.