Memandangkan Aidilfitri akan menjelang tiba tidak lama lagi, apa kata cuba resipi biskut keju rangup ini. Biskut ini senang untuk disediakan selain rasanya yang sedap.

BAHAN
250 gm mentega
125 gm gula aising
80 gm krim keju
250 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
Hiasan- Secukupnya coklat masakan

CARA
1.Pukul sebati mentega, gula aising, krim keju dan kuning telur.
2.Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung dan uli hingga jadi doh yang lembut.
3.Canai dan potong kepada empat segi. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit.
4.Sementara itu cairkan coklat masakan secara double boiled dan masukkan dalam beg paip beg dan hias coklat di atas biskut yang siap dibakar.

Resipi : Azlina Ina