Resipi siput sedut masak lemak cili padi yang sedap dan menggiurkan

Dari Penulis

Hari ini Saji ingin kongsikan resipi yang sangat terkenal di Negeri Sembilan iaitu siput sedut masak lemak cili padi. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN
1kg siput sedut – dipotong hujung (sekurang-kurangnya dua gelung) dan dicuci bersih
500gm batang keladi – bahagian lembut dicuci dan buang kulit (potong 2cm) dan direbus bersama 700ml air sehingga empok. Toskan.
500ml santan pekat
2 keping asam keping
100ml air
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR LUMAT
15 tangkai cili kering
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
100ml air

CARA
1.Dalam periuk, gaul sebati siput sedut bersama bahan kisar dan masukkan air.
2.Selepas itu masukkan asam keping dan didihkan kuah sehingga sedikit pekat.
3.Masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
4.Didihkan seketika dan masukkan sayur batang keladi yang telah direbus.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This