“Siapa makhluk paling hina?” – Kisah ini buka mata, refleksi diri

0
603

Walau ilmu setinggi langit, jangan pernah sesekali memandang rendah kepada insan lain. Allah SWT tidak melihat permulaan seseorang, tetapi Allah melihat pengakhirannya.

Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar ini cukup bermakna untuk direnungi dan refleksi diri, walau seburuk mana sikap seseorang, jangan pernah sesekali merasakan diri kita lebih baik daripadanya. Boleh jadi pengakhiran mereka lebih baik dan mendapat kematian khusnul khatimah.

Ikuti perkongsiannya.

“Semalam lepas maghrib kami anak beranak sembang sembang. Bukan bukan sembang kosong. Sembang sembang ilmu.

Masa bercakap tu saya tanya satu soalan. “Siapa makhluk paling hina?”

Semua terdiam. Berfikir kot cari jawapan. Lepas 2-3 minit diam, jawapan mula masuk ke ruamg telinga saya.

Ada yang makhluk 4 kaki. Ada yang sebut makhluk yang kena ikat masa Ramadan ni.

“Semua jawapan tu ok,” kata saya. Tapi I want you guys to listen to this story.” Sambung saya lagi.

Di sebuah pondok, ada seorang pelajar. Dia ni berguru seorang alim. Lama dia belajar di pondok ni. Ramai dah berhenti tapi dia sambung terus belajar.

Satu hari sampailah masa Orang Alim guru dia ni suruh dia balik. “Pengajian dah tamat.” Kata Si Alim ni. “Sekarang masa kembali kepada masyarakat. Tabur bakti pada mereka.

Si anak murid angguk. Akur dengan perintah guru dia.

Sebelum dia balik, si Guru yang Alim ni bagi satu ujian dekat dia. Si guru kata.

“Sebelum kamu pulang, dalam tiga hari ini, aku ingin meminta kamu carikan seorang ataupun makhluk yang lebih hina dan buruk dari kamu.” Kata sang guru.

“Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru, nanti keluar saya boleh jumpa banyak orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya. Hari ni juga saya berikan jawapan” jawab dia penuh dengan yakin.

Si Alim tersenyum. Dia persilakan muridnya pergi. Pelajar ini pergi setelah bersalam dengan gurunya. Dalam hati dia fikir ‘kejap jer ni dapat Insyaa Allah.’

Hari itu juga ni berjalan ke pekan. Ditengah jalan, dia nampak seorang pemuda jalan terhoyong hayang. Sampai jatuh kerana terlalu mabuk.

Dia pun bertanya dengan tuan kedai berdekatan tempat dia berdiri. “Dia tu mabuk ke?” Tuan kedai angguk. “Dia ni setiap hari mabuk. Tak tahu malu demgam orang ramai. Kesian mak ayah dia.” Tambah tuan kedai sambil geleng gelengkan kepala.

Dengar saja kata tuan kedai tu dia pun kata dalam hati.

“Mamat ni mesti lagi buruk dari aku. Bayangkan setiap hari dia habiskan duit untuk mabuk. Aku tumpu pada mengaji ilmu dan buat ibadah.”

Berbunga hati dia sekejap. Dia fikir tugas dah selesai. Lega rasanya.

Tapi masa dia berpatah balik ke pondok tiba tiba ada lintasan di hati dia.

“Tapikan mamat yang mabuk tak semestinya lebih jahat dari aku. La ni dia jadi peminum arak. Entah nanti Allah beri hidayah. Dia bertaubat. Hidup dalam husnul khatimah..”

“Aku pula mungkin sekarang ni menutntu ilmu, rajin ibadah tapi esok esok macam mana? Kalau aku mati dalam su’ul khatimah, macam mana pula. Isshhh tak boleh jadi ni.”

Dia pun buat keputusan cari yang lain. Dia patah balik. Terus berjalan di pekan. Dia tengok kiri dan kanan. Mata liar mencari.

Dalam mencari tu tiba tiba dia nampak seekor anjing kurap. Nampak memang menjijikkan. Dengan kudis, nanah meleleh, lalat menghurung sakan. Dia fikir nilah makhluk lebih buruk dari aku.

“Anjing kan haram.” Dia cuba kukuhkan pandangan. “Betul lah tu. Alhamdulillah selesai Insyaa Allah”

Dia pun cari karung besar. Nak sumbat anjing dalam karung. Nak bawa balik tunjuk pada Tuan Guru.

Setelah berjaya trick anjing untuk masuk dalam karung, cepat cepat dia ikat. Anjing tu meronta. Sekejap saja. Lepas tu diam.

Dia pun angkat guni tu.

Masa dok berjalan dia fikir. “Anjing ni memang ada kurap kudis bagai. Tapi dia lebih buruk dari aku ke?” Kalau anjing mati, dia tak ada soal kubur bagai. Tapi aku kena. Silap silap aku yang ke neraka. Astaghfirulahal adzim.”

Dia terus lepaskan anjing. Lepas minta maaf kat anjing dia jalan balik ke pekan. Cuba cari yang lain. Ada terjumpa. Tapi semua tak kena.

Sampai isyak dia mencari. Lepas solat isyak dia buat keputusan balik ke pondok.

Sampai di pondok, Tuan Guru dah siap menunggu. Dia tanya “macam mana jumpa tak?”

Dengan muka sayu dan wajah tunduk ke tanah dia jawab “dah jumpa”

Dia sambung. “Ada makhluk yang hina. Antara makhluk atau orang yang hina saya jumpa ternyata saya lebih hina dari mereka.”

Waktu itu air matanya menitis.

Memdengar saja penjelasan anak muridnya, Sang Guru tersenyum. “Kau lulus – mumtaz.” Kata samg guru lagi.

Kemudian dia sambung.

“Selama kita hidup di dunia, jangan pernah ada daki sombong dalam diri. Jangan pernah berasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain. Kita tidak pernah tahu, bagaimana akhir hidup yang akan kita jalani. Mungkin sekarang kita baik dan mulia, tapi diakhir hayat kita jadi makhluk yang seburuk-buruknya. Boleh jadi sekarang kita beriman, tapi di akhir hayat, syaitan menghasut palingkan wajah kita hingga lupa pada Allah,”

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi. (HR. Muslim: 91).

Si pelajar tadi dengar dan angguk. Dipeluknya Sang Guru. Kemudian dia minta izin untuk bermalam semalam lagi di pondok.

Saya tengok muka anak anak. Saya tanya “faham ke cerita ni.” Dia orang angguk.

Cerita ni ingatan untuk saya dan keluarga. Kalau baik ambillah. Kalau buruk tinggalkan saja.

Allahu A’lam.”

Sumber : Dr Rizal Abu Bakar