ketupat daun tebu

Ketupat daun tebu adalah salah satu variasi ketupat yang ada di Malaysia. Menggunakan pulut dan dibalut dengan daun tebu, rasanya lebih lemak manis dan aromanya yang wangi membangkit selera sesiapa sahaja. Jom cuba resipi ketupat daun tebu yang SAJI kongsikan ini.

BAHAN
1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 ikat daun tebu
Garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

CARA
1.Beras pulut yang telah dibersihkan dikukus sehingga masak.
2.Santan pekat di campur sedikit garam dan gula. Kacau rata.
3.Kemudian gaulkan pulut dengan santan. Sebatikan.
4.Ambil sehelai daun tebu, letak pulut di tengah-tengah. Kemudian bungkus bentuk tiga segi.
5.Selepas itu kukus sekali lagi sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
6.Panaskan minyak, goreng ketupat pulut sehingga garing sedikit. Angkat dan hidangkan dengan rendang ayam atau daging.

Resipi: Cef Mohd Ariffin Minggu, Kuala Terengganu.