Sayur lodeh adalah antara menu wajib ada di pagi raya Aidilfitri. Dinikmati bersama nasi impit, juadah yang popular ini sangat sedap dan menyelerakan. Jom cuba resepi oleh Cef Shamsul Anuar Yusof ini.

BAHAN
150g kubis – hiris halus
150g kacang panjang – hiris serong
150g sengkuang – hiris halus
1 keping tauhu kering – rendam dan potong kecil
1 ikat Suun – rendam dan potong
2 keping tempe – potong dadu dan goreng
2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
250ml santan pekat
1 liter santan cair
2 helai daun salam
2 batang serai
1.5cm lengkuas
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Minyak masak

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering
5 biji buah keras
1cm belacan
2cm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi bersama serai, lengkuas dan daun salam.
2.Masukkan santan cair dan apabila mendidih masukkan sayur dan tauhu kering. Kacau sebati.
3.Masukkan tauhu, tempe, garam dan gula secukup rasa.
4.Masukkan santan pekat dan kecilkan api. Kacau sebati.

Resepi: Cef Shamsul Anuar Yusof