Guna air sejuk dan perap adunan, barulah sedap cucur jagung dan udang

0
308

Ramai penggemar cucur jagung dan cucur udang di sini. Namun jika salah bancuhan, cucur akan keras ataupun terlalu lembik.

Tip yang dikongsikan Yatie Rahim ini cukup berguna untuk dipraktikkan, adunan harus menggunakan air sejuk daripada peti ais dan selepas dibancuh, perap dahulu adunan sebelum digoreng.

Cara :

1. Bancuh tepung gandum dengan air sejuk dari peti ais.

2. Kemudian masukkan sebiji telur dan perasakan dengan garam. Bancuhan jika cair tak mengapa, tapi jangan pekat sangat, nanti keras bila digoreng.

3. Akhir sekali baru masukkan semua bahan-bahan lain seperti bawang, daun kucai, cabai hidup, taugeh, jagung dan udang.

4. Perap sebentar di dalam peti ais selama satu jam hingga dua jam. Dan goreng.

Sumber : Yatie Rahim