6 penyakit bawaan binatang peliharaan

0
51

Ramai antara kita yang memiliki binatang peliharaan. Malah kajian juga mendapati binatang peliharaan mampu menangani stress dan kemurungan. Tidak dinafikan haiwan comel seperti kucing dan anjing membawa kegembiraan kepada pemilik namun tanpa kita sedari mereka juga berpotensi menjadi punca penyakit. Berikut merupakan tujuh jenis penyakit bawaan binatang peliharaan.

1. Salmonella

Jika anda fikir penyakiy ini berpunca daripada makanan yang tidak masak, sila fikir semula. Salmonella adalah jenis bakteria yang hidup dalam perut dan usus. Binatang yang membawa penyakit ini mungkin nampak sihat secara luarannya, namun ia berupaya memindahkan penyakit tersebut melalui najis yang mana ia boleh dipindahkan ke tubuh mereka seperti bulu. Jadi cuci tangan selepas belai haiwan peliharaan anda.

2. Kurap

Kurap berpunca daripada infeksi fungus pada kulit. Anda boleh terdedah kepadanya bukan sahaja di kawasan yang lembab malah boleh dijangkiti daripada haiwan peliharaan anda. Untuk mengenal pasti kurap pada tubuh dan haiwan peliharaan anda, lihat pada sifatnya yang berbentuk bulat merah di mana bahagian tepinya lebih gelap berbanding di bahagian tengah. Ia bersifat gatal, merah dan berkuping apabila kering.

3. Cakar kucing

Tahukan anda kira-kira 40 peratus kucing membawa bakteria penyebab infeksi pada tubuh badan mereka. Manusia boleh dijangkiti dengan bakteria tersebut melalui sentuhan secara langsung melalui cakaran, gigitan atau jilatan. Ia boleh dilihat melalui kesan cakaran yang membengkak, merah dan ada kalanya anda akan mengalami simptom seperti demam dan selesema. Malah sesetengah kes menunjukkan kesan yang lebih serius. Justeru untuk mengelakkan infeksi, elakkan dari dicakar atau digigit kucing dan segera mencuci dengan air suam atau sabun sekiranya berlaku insiden tersebut.

4. Cacing

Anda mungkin tidak sedar bahawa anda mungkin mendapat cacing daripada binatang peliharaan anda. Ini kerana cacing berupaya hidup lama dalam sistem percernaan seperti usus dan ia menjadi parasit yang boleh menjangkiti manusia melalui najisnya. Kebanyakan kes berlaku apabila kita tidak memakai kasut ketika berada di luar rumah. Cacing ini boleh berpindah melalui luka-luka kecil di bahagian tubuh atau tangan yang tercemar.

5. Toxoplasmosis

Penyakit ini berlaku apabila manusia dijangkiti oleh microscopic parasite yang biasa ditemui terutamanya kucing. Penyakit ini boleh menyebabkan simptom seperti demam, selesema dan mungkin menyebabkan komplikasi yang lebih serius kepada wanita hamil. Jalan terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah melalui pencegahan seperti menggunakan sarung tangan apabila membuang najis kucing dan elakkan dari menyentuh secara langsung. Pastikan juga anda mencuci tangan selepas berkebun. Bagi yang hamil, elakkan bermain dengan kucing.

6. Rabies

Apabila bercakap tentang penyakiy berjangkit melalui binatang, kita tidak boleh lari daripada penyakit rabies. Virus yang menyerang sistem saraf baik binatang atau manusia ini sememangnya merbahaya dan boleh membawa maut. Untuk mengelakkan penyakit ini dapatkan vaksin rabies dan jauhi binatang liar.