Bercerai dengan ‘aura wanita ke-19′, Dai’ Farhan kembali rujuk bekas isteri pertama, Fatin

Dari Penulis

PENDAKWAH bebas Da’i Farhan kini kembali bergelar suami kepada bekas isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada Khamis lalu bersempena dengan sambutan 1 Syawal.

Fatin berkongsi foto-foto persandingannya bersama Farhan dan berharap hubungan rumah tangga yang dibina buat kali kedua itu dipelihara oleh Allah.

“Saling memaafkan, memberi ketenangan dan itulah akhlak Rasulullah.

“Hati yang memaafkan adalah hati yang sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku. Segala apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang, melupakan memori-memori yang lalu.

“Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Amin,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, Fatin meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dia, suami dan anak-anak dapat berkumpul meraikan Aidilfitri bersama pada tahun ini.

“Alhamdulillah syukur, Allah beri rezeki lain, menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP, dapat juga anak-anak rasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga yang besar,” katanya.

Sebelum ini, Farhan mencetuskan kontroversi apabila mengaku sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau Dr. Erin pada November 2019 di Mekah.

Farhan teruk dihentam apabila dia bertindak menceraikan Fatin dengan talak satu menerusi kiriman suara di WhatsApp pada 3 Disember 2019.

Bagaimanapun hubungan dengan Erin tidak berpanjangan apabila pasangan itu sah bercerai pada 27 April tahun lalu selepas lima bulan berkahwin.

Fatin dan Farhan dikurniakan sepasanga cahaya mata yang berusia tiga dan setahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This