Resipi kari kepala ikan merah sedap memukau

0
810

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kari kepala ikan merah yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN A
2 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
4 cm halia- tumbuk
1 batang serai- titik
1 tangkai daun kari

BAHAN B
3 sudu besar serbuk kari ikan/udang
1 sudu besar serbuk kunyit
Air

BAHAN C
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air panas
Garam & gula secukupnya

BAHAN D
1 ekor ikan merah -goreng setengah masak

300ml susu segar

BAHAN E
Kacang bendi
Terung
Tomato

CARA

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan serai dan daun kari, tumis sebentar.
  3. Bancuh rempah dengan air, dan masukkan dalam bahan tumis. Tumis hingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan bahan C, kacau dan biarkan mendidih pada api perlahan.
  5. Kemudian, masukkan bahan D dan E. Gaul sedikit dan biarkan mendidih sebentar.