Sengketa Izreen Azminda & Intan Saleh berakhir – “Saya minta maaf dengan dia…harap selepas ini baik-baik saja” – Izreen

0
901

KEMELUT antara pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh akhirnya menemuai jalan pendamaian.

Izreen bersyukur apabila doanya untuk bertemu dengan Intan sejak empat tahun lalu dimakbulkan ketika rakaman program Melodi Raya.

“Saya minta maaf tiga kali pada dia. Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okey dan tidak ada apa-apa halangan.

“Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.

“Bagi saya, apa yang saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya…ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya seperti memetik laporan di Harian Metro.

Izreen yang kini sedang hamil anak ketiga tidak melepaskan peluang tersebut dengan memohon maaf terhadap Intan.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang.

“Malah kami sempat bergambar bersama. Harapnya selepas ini baik-baik saja sebab saya sudah minta maaf.

“Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan ata tidak,” ujarnya.