BARBAROSSA : Pahlawan Islam yang digeruni. Raja di lautan yang ditakuti musuh, bukan lanun seperti dimanipulasi Barat!

0
309

Sekitar abad ke 15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai laut. Mereka adalah dua bersaudara yang mendapat jolokan The Barbarossa Brothers.

Mereka berkuasa di laut Mediterranean. Acapkali kapal dagang Eropah yang berlayar membawa muatan berharga akan dirompak di perairan tersebut.

Siapakah adik-beradik Barbarossa yang ditakuti Eropah itu?

Sebenarnya, ia bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa itu adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu ‘barber’ (janggut) dan ‘rossa’ (merah). Ia adalah jolokan yang diberi pelayar Eropah terhadap Aruj (juga dikenali sebagai Oruc Reis) dan Heyreddin (juga disebut sebagai Khairaddin), dua beradik yang janggutnya kemerahan.

The Barbarossa Brothers, dua beradik yang ditakuti di Eropah kerana kekuatannya di laut.

Siapa Aruj dan Heyreddin?

Mereka berdua ini datang dari empat adik beradik lelaki yang kesemuanya adalah pelaut. Lahir di Turki semasa zaman pemerintahan empayar Uthmaniyah, kedua-duanya merupakan golongan pelaut yang sering berlayar di perairan Yunani dan Turki sehinggalah kapal mereka diserang oleh kapal ketenteraan Kristian yang mengorbankan adik bongsu mereka. Sejak itulah, kedua beradik ini merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian.

Penaklukan empayar Islam di wilayah Andalusia (Sepanyol) pada 1492 Masihi dalam perang salib pimpinan Raja Ferdinand II yang mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad kedua beradik ini.

Mereka turun membantu menyelamatkan ribuan umat Islam dari Sepanyol hingga ke Afrika utara dan membangunkan pertahanan laut yang kuat di Aljazair untuk menghalang gelombang serangan pasukan salib dari Afrika utara menuju ke tanah barakah, Palestin. Angkatan laut mereka sukar dicabar, digeruni pihak lawan.

Aruj Barbossa gugur dalam pertempuran.

Pada tahun 1518, hasil hasutan Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj. Dia gugur dalam pertempuran itu. Tinggallah Heyreddin  seorang yang memimpin angkatan laut ketika itu.

Sepanyol menyangka benteng Barbarossa dua beradik sudah lemah. Lalu dihantar 20 ribu tenteranya ke Aljazair.

Sangkaan Sepanyol silap. Heyreddin membuktikan pasukannya masih kuat walau Aruj sudah tiada. Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol.

Atas kehebatan itu, pemerintah Islam ketika itu telah memberi darjat yang tinggi buat Heyruddin. Dia dilantik menjadi wakil khalifah wilayah Aljazair selain mengepalai beberapa pasukan ketenteraan. Di bawah pimpinannya, ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman perang salib.

Heyruddin Barbarossa.

Malah, pasukan tentera laut Heyruddin juga berjaya mengawal sepenuhnya pelayaran di sekitar laut tengah membuatkan pasukan salib mati kutu. Beberapa kali serangan dilakukan, tidak berjaya.

Pernah Itali dan Sepanyol bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat. Namun, dengan kebijaksanaan Heyruddin yang hanya memimpin 20 kapal, beliau berjaya mengalahkan bahkan mengusir bahtera serangan tentera Kristian itu.

Keberanian dan kecerdikan Heyruddin menggerunkan lawan. Hingga pasukan tentera salib gusar dan melakukan pelbagai cara untuk mengelak dari bertembung dengan pasukan Barbarossa itu.

Semangat juang jihad Heyruddin dipandang tinggi. Justeru tidak hairanlah, setelah ia meninggal dunia pada 1546, tugu peringatan dan makamnya di Istanbul, Turki tetap dikunjungi ramai orang dan dikenang sebagai pahlawan Islam terbilang.

Tugu peringatan dan makan Heyruddin di Istanbul, Turki.

Manipulasi barat

Legasi Heyruddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka satu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah pahlawan Islam.

Seperti biasa, barat akan memainkan manipulasinya. Menggelapkan sejarah, menulis dan mewujudkan semula ‘watak’ baru ciptaan mereka. Sama ada dalam komik mahupun filem, watak Barbarossa ciptaan orang barat digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu.

Watak Babarossa dimanipulasi oleh Barat, digambarkan sebagai lanun.

Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbossa dalam filem Pirates of Carribean yang diilhamkan dari kisah pahlawan Islam ini.

Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol Barbossa dalam filem itu. Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza.

Bendera kapal Heyruddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun. Di tengahnya pula gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, pedang Rasulullah S.A.W. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Betapa susuk pahlawan Islam terbilang ini dipropagandakan oleh barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif.

Ingatlah… Barbarossa bukan lanun jahat. Bukan lelaki yang diiringi simbol tengkorak.

Sebaliknya, dia adalah pejuang umat Islam. Pahlawan yang digeruni oleh musuh Islam dahulu. Ini hakikatnya!

_______

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.