“Bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam… ini masa umat Islam bersatu” – Zahiril Adzim

0
653
zahiril adzim

AKTOR Zahiril Adzim mempunyai pandangan dan cara untuk menunjukkan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin tanpa perlu disebar luaskan menerusi medium media sosial.

Ujar Zahiril atau Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, orang luar tidak seharusnya menghakimi individu yang tidak membuat sebarang hantaran di laman sesawang berkaitan isu yang sedang luas diperkatakan seluruh dunia itu.

“Kalau orang tidak memuat naik apa-apa tentang isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli.

“Tak payah marah, kecam atau ‘menganjing (sindir). Jangan acah-acah. Relaks…tenang.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin dia pulun dengan doa atau dia belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan secara diam,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama bersatu tanpa membangkitkan sebarang provokasi.

“Bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam macam anda. Ini waktu-waktu umat Islam bersatu. Tak perlu bangkitkan isu remeh macam ini untuk berpecah-belah.

“Serius dik, jangan jadi Melayu bodoh waktu-waktu macam ini. Kita sama-sama berjuang cara kita okay? ‘Peace’,” ujarnya.