Ikan bawal masam manis. Sedap menyengat, kedai tomyam pun kalah

0
84
ikan bawal masam manis

Menu ikan bawal masam manis ini memang antara lauk wajib yang akan dipesan setiap kali berkunjung ke gerai tomyam. Tapi tahukah anda, cara membuatnya cukup mudah dan menjimatkan.

Terima kasih Nurul Atekah di atas perkongsian resipi.

Bahan :

2 ekor Ikan Bawal – dicuci bersih

2 biji Tomato – potong dadu

Lobak merah – potong dadu

Timun – potong dadu

1 tangkai Akar ketumbar

Daun ketumbar

4-5 sudu besar Cili kisar

2 helai Daun limau purut

1 batang Serai – potong serong

3 ulas Bawang putih – diketuk

1 labu Bawang besar – dipotong dadu

Cili hijau – potong serong

Cili merah – potong serong

2 sudu besar Sos ikan

4 sudu besar Sos cili

2 sudu besar Sos tiram

1 sudu besar Gula

1 sudu besar Serbuk perasa

Cara :

1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.

3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.

4. Masukkan serai, daun limau purut dan akar daun ketumbar. Gaul rata.

5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan serbuk perasa. Gaulkan.

6. Masukkan timun, lobak merah, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.

7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

5. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Sumber : Nurul Ateekah