Resipi mi udang sedap dan mudah disediakan

0
778

Bagi mereka yang gemar menikmati juadah mi udang, apa kata kali ini cuba masak sendiri dirumah. Cara menyediakannya tidak sukar dan bahan-bahan mudah didapati. Jom cuba…pasti puas hati!

BAHAN MI
500 gm mi kuning – celur
350 gm udang – celur sehingga masak
4 batang jejari ketam – potong dua dan celur
2 biji telur rebus
4 tangkai sayur sawi – celur
3 keping tauhu goreng – potong dadu
2 tangkai cili merah – hiris
2 biji limau nipis – potong dua
Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH
30 ml minyak masak
250 gm cili kisar
1.5 liter air
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
Sedikit stok ayam
Sedikit garam

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit udang kering
Sedikit belacan bakar

CARA
1.UNTUK KUAH : Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak. Selepas itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.
2.Masukan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan, stok ayam dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan kuah kelihatan pekat.
3.Kemudian susun mi dan bahan mi yang lain ke dalam mangkuk seperti udang, jejari ketam, sayur sawi, tauhu goreng, daun bawang, cili merah limau nipis dan bawang goreng. Tuangkan kuah dan hidangkan.

Resipi: Ezani