Kes baharu COVID-19 cecah rekod baru dengan 6,075 kes dilaporkan. / Infografik KKM

KALAU masih ketegar tak mahu duduk rumah tak tahu lah nak kata apa lagi.

Sedangkan kes baharu COVID-19 cecah rekod hari ini apabila buat kali pertama melebih angka 6,000 kes.

Jumlah 6,075 penularan yang dilaporkan setakat tengah hari itu tadi menyaksikan Selangor mencatatkan lebih 2,000 kes.

Negeri itu yang tertinggi mencatatkan penularan COVID-19 melaporkan 2,251 kes baharu.

Ini diikuti Johor dan Kuala Lumpur yang masing-masing mencatatkan 699 kes dan 660 kes.

Semua negeri mencatatkan peningkatan hari ini dengan Kedah mencatatkan angka yang tinggi dengan 445 manakala Kelantan, 441 kes.

Daripada statistik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi media sosialnya, hanya Perlis dan Putrajaya melaporkan satu angka kes baharu iaitu masing-masing enam kes dan sembilan kes.

Baca artikel berkaitan: ICU COVID-19 di 29 hospital makin penuh, KP Kesihatan kata kita tiada pilihan lagi

Kes baharu COVID-19 cecah rekod baru dengan 6,075 kes dilaporkan. / Infografik KKM

Berikut jumlah kes baharu mengikut negeri:

Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Kelantan : 441 kes
Perak : 220 kes
Kedah : 445 kes
Melaka : 122 kes
Pahang : 150 kes
Terengganu : 203 kes
WP Labuan : 14 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 6 kes

Sementara itu, Noor Hisham menerusi Twitternya sebentar tadi telah Retweet hantaran yang dibuatnya pada 16 Mei lalu berhubung gesaan untuk duduk rumah.

“Bantulah kami untuk membantu anda. Sila duduk di rumah jika tidak ada urusan penting di luar. Jika terpaksa keluar rumah pastikan anda patuh kepada SOP,” katanya.

Infografik Bernama yang dikongsi semula Noor Hisham menerusi Twitter beliau sebentar tadi susulan kes baharu COVID-19 cecah rekod baru hari ini.

Pada hujung Januari lalu, Malaysia pernah mencatatkan kes baharu COVID-19 melebihi 5,000 buat tiga hari berturut-turut.

Paling tinggi pernah dilaporkan adalah pada 30 Januari lalu dengan 5,728 kes baharu manakala pada 29 Januari, 5,725 kes.

Dalam kenyataan kemudian, KKM mengesahkan bahawa, situasi tersebut disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Sementara itu, KKM memaklumkan tiada lagi daerah hijau di Semenanjung berikutan peningkatan penularan COVID-19 kebelakangan ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan, yang banyak hanya merah manakala kuning boleh dibilang dengan jari.

Antara daerah yang masih dalam zon kuning ialah Kemaman, Hulu Terengganu, Mersing, Gua Musang, Sik dan Perak Tengah.

Berita lanjut menyusul

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram