MAJLIS Agama lslam Selangor (MAIS) menyeru umat Islam negara ini melaksanakan solat hajat dan membaca qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan serta perlindungan terhadap rakyat Palestin.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak MAIS turut menzahirkan harapan supaya umat lslam di Malaysia, khasnya di Negeri Selangor, menyokong agenda pembebasan negara lslam Palestin daripada kekejaman dan pencerobohan tentera Zionis.
Katanya, serangan yang bermula sejak penghujung Ramadan tahun ini dan masih berterusan sehingga kini adalah tindakan yang zalim serta mencabul undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
“MAIS menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas serangan serta kekejaman tentera lsrael ke atas rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, seranggan yang dilakukan tentera Israil yang telah menyebabkan ratusan rakyat negara Palestin terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.
“MAIS menzahirkan sokongan terhadap kerajaan Malaysia bersama-sama dengan lndonesia dan Brunei mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim zionis lsrael ke atas Palestin dalam mempertahankan Masjidil al-Aqsa,” tambahnya.
Baca artikel berkaitan: Serangan udara pengganas Israel ragut nyawa wartawan Palestin di rumahnya
Tekanan rakyat Malaysia tak sia-sia, PBB ada sesi khas
Terbaharu usaha berterusan rakyat Malaysia memberi tekanan kepada komuniti dunia serta mengecam kekejaman rezim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia apabila malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai ‘Situasi Terkini di Timur Tengah’ dan ‘Soal Palestin’.
Ketika memaklumkan perkara, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin negara Islam di Asia Tenggara iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Ahad.
Semalam media melaporkan sekurang-kurangnya 219 penduduk Palestin termasuk 63 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara pengganas Zionis di Genting Gaza sejak 10 Mei lalu manakala lebih 1,500 lagi cedera.
Sebanyak 12 orang di Israel termasuk dua kanak-kanak maut akibat terkena roket dari Gaza.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram